KLIK TABUNG 2, TQ

Monday, 15 December 2014

Tau Tak Tentang ASRAMA 1 MALAYSIA Ni ?

Satu lagi peluang nak sambung belajar bagi pelajar2 ke Tingkatan 1 dan  Tingkatan 4, 2015.  Boleh jenguk kat link ini yer... PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 ASRAMA 1MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015.  Mana tau ada rezeki dan berminat juga kan !

Ini antara info yang saya baca dah, meh saya kongsi sama2 yer !

Permohonan kemasukan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Asrama 1Malaysia (A1M) dibuka mulai 15 Disember 2014 hingga 28 Januari 2015. Permohonan kemasukan ke A1M kepada semua murid bumiputera dan bukan bumiputera yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di seluruh negara.

Murid-murid  yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di salah sebuah sekolah berikut:

ASRAMA 1MALAYSIA
NAMA SEKOLAH
A1M Kuala Lumpur SMK Victoria, Kuala Lumpur L
SMK (L) Methodist,  Kuala Lumpur L
SMK St John, Kuala Lumpur L
SMK Sentul Utama, Kuala Lumpur L
A1M Johor SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor P
A1M Sabah Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah L
P
A1M Sarawak Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang Miri, Sarawak L
P

Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti berikut:

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN
  1. Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA sahaja yang akan ke tingkatan 4 pada 2015.
     
  2. Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana.
     
  3. Aktif dalam kokurikulum dan sukan.
     
  4. Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah semasa di mana pemohon belajar.
     
  5. Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas dan Kelas Aliran Agama).
     
  6. Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah Semasa murid memohon.
     
  7. Permohonan kemasukan ke A1M Sabah dan Sarawak hanya bagi pemohon dari negeri berkenaan sahaja manakala pemohonan ke A1M Kuala Lumpur dan A1M Johor bagi pemohon dari Semenanjung Malaysia sahaja.
     
  8. Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :
  1. Sijil lahir pemohon / kad pengenalan                       
  2. Keputusan UPSR (Bagi permohonan ke Tingkatan 1) Atau Keputusan PT3 2014  (Bagi permohonan ke Tingkatan 4)            
  3. Slip gaji/penyata pendapatan ibubapa/pengesahan ketua kampung atau penghulu sekiranya tiada slip gaji
  4. Salinan kenyataan/sijil kokurikulum 2014
  5. Salinan sijil-sijil aktiviti akademik/kokurikulum
  1. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.

Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat.
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selewat-lewatnya pada 28 Januari 2015.
Klik untuk muat turun borang permohonan
Borang Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 Asrama 1Malaysia 2015
Borang Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Asrama 1Malaysia 2015

Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan Asrama 1Malaysia
http://www.moe.gov.my/v/Asrama-1Malaysia-AH


Bolehlah cuba kalau berminat !

2 comments:

Mummydearie said...

Aunty dah tak sesuai masuk asrama ni, Angah tapi Aunty baru tahu pasal ni. Yang kat Johor tu, zaman Aunty dulu sekolah tu dah famous. Daily school je tu sama macam sekolah Aunty dulu.

Anonymous said...

Hi,

I would like to let you know that we are selling high PR Tumblr blogs.

I think as a webmaster, you know the importance of having backlinks from high PR blogs.
And you also know how costly it can be to have backlinks to this high PR blogs.


Well I would like to inivte you and take a look at our
offer. At very cheap price, you can have your own high PR Tumblr were you can use as backlinks to your site.


If your interested, please visit: http://bit.ly/highprtumblr

Thanks

Also visit my weblog ... Cheap High PR Tumblr Blogs

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...