KLIK TABUNG 2, TQ

Wednesday, 1 October 2014

Resepi Bubur Nasi Mudah !

Meh jengok sini. Saya nak kongsikan resepi Bubur Nasi Simple Mudah Delicious Yummy bersama bilis goreng Terbaik!!! Hehehehe
Antara bahan yang diperlukan ialah :
  -Beras 1/2 cawan
  -Dada ayam 2 potong
  -Sebiji bawang merah (dicincang)
  - 3 ulas bawang putih (dicincang)
  -Sedikit minyak
  -Air yang banyak ( 1 litre )
  -Satu kiub ayam
  -Garam
  -Daun bawang, Daun sup( Ikut suka)
Cara2nya :
1- Tumis bawang putih dan bawang merah. Pastikan menggunakan sedikit minyak sahaja.
2- Apabila sudah naik bau masukkan beras dan air. Kalau nak masak cepat anda boleh blend dahulu beras tu supaya masa untuk memasak dapat dipendekkan.
3- Kemudian masukkan kiub ayam dan dada ayam yang dipotong kecil.
4- Apabila sudah hampir masak masukkan garam secukup rasa.
5- Apabila sudah siap boleh letaklah daun sup dan daun bawang.

Kalau nak sedap lagi boleh makan dengan ikan bilis goreng.
   Cara nak masaknya mudah sahaja. Gunakan sedikit bawang merah yang dipotong halus dan cili juga dipotong halus. Dan yang paling penting ialah ikan bilis.
  Panaskan minyak dan goreng ikan bilis. Apabila sudah hampir garing masukkan cili dan bawang merah yang telah dipotong. Apabila bawang sudah masak anda boleh angkat. Pastikan tak ambil minyak yang bekuah ruah tu.
  Dan anda boleh nikmati bubur nasi yang enak bergaya itu. Huhu :)
 
SELAMAT MENCUBA :)

(N3 nak cepat so minta maaflah ye. Ayat pun tak semerdu Siti Norhaliza. Gambar pun tak secantik Neelofa. Hehe)

2 comments:

eima said...

Tq dik....mmg de best resepi..nanti akak try apply utk ank2 ..bdk2 suka ni...
Tp lg menyelerakan klu kepala ikan bilis tu dibuang hihi

Mummydearie said...

Superheroes kat rumah suka bubur nasi campur ayam ni. Baru je aunty buat dua hari lepas. Cam lebih kurang je resepi kita :)

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...