KLIK TABUNG 2, TQ

Tuesday, 23 September 2014

Seindah Pulau Bali

   Keindahan Pulau Bali memang tidak dapat kita sangkal lagi. Kejernihan air lautnya dan kekayaan budaya yang masih kekal di amalkan oleh penduduk di sana menjadi taruhan utama dalam menarik kedatangan pelancong ke sana. Pulau Bali atau dikenali juga sebagai Pulau Dewata ini sememangnya menjadi tarikan pelancong utama di Indonesia.

Antara tempat menarik yang boleh kita lawati di sana adalah:

1. Pantai Kuta, Bali
  
 Daya tarikan yang ada di tempat ini adalah pasir putihnya yang bersih, pemandangan indah dan juga sangat romantis untuk melihat matahari terbenam (sunset), juga ombak pantainya yang tinggi yang menjadi kegemaran para surfer. 

2. Pantai Padang-padang
 
Untuk ke Pantai Padang-padang kita perlu melalui lorong di celahan batu. Jadi kalau bersesilih dengan orang yang nak naik, salah seorang kena lah bagi laluan.Di sini anda dapat melihat panorama pantai yang sangat cantik.

3. Tanah Lot
 
Tempat wisata ini merupakan salah satu tempat paling menarik di Pulau Bali yang boleh kita kunjungi. Tempat ini terletak di desa Beraban atau 13 km sebelah barat Tabanan. Keunikan tempat ini adalah pura yang berada di atas bukit batu besar di pinggir laut. Tanah Lot juga terkenal sebagai tempat yang sesuai untuk melihat matahari terbenam (sunset), pelancong biasanya ramai pada waktu petang untuk melihat keindahan sunset di sini.

4. Bedugul
  
Tempat ini merupakan kawasan wisata di Pulau Bali yang berada di atas bukit dan terletak pada ketinggian kurang lebih 1249 m dari permukaan laut.
Kawasan ini sangat sejuk dengan suhu  18 darjah Celsius pada malam hari dan 24 darjah Celsius pada siang hari.
Kawasan ini menawarkan keindahan pemandangan pegunungan dan danau. Di tengah danau terdapat sebuah Pura iaitu Pura Ulun Danu yang merupakan tempat pemujaan kepada Sang Hyang Dewi Danu sebagai pemberi kesuburan.

5. Pura Luhur Uluwatu
Pura Luhur Uluwatu atau Pura Uluwatu merupakan pura yang berada di wilayah Desa Pecatu, Kecamatan Kuta, Badung. Pura Uluwatu terletak pada ketinggian 97 meter dari permukaan laut.  Untuk memasuki kawasan ini anda akan dikenakan bayaran dan akan diikat dengan tali kuning dipinggang manakala kain bewarna purple akan diberikankepada mereka yang memakai pakai yang kurang sopan.

Itulah antara tempat menarik yang boleh kita lawati di Bali. Banyak lagi tempat menarik yang lain seperti Garuda Wisnu Kencana, Bali Safari and Marine Park, Mount Batur dan banyak lagi. Harap perkongsian ini akan menjadi info yang berguna kepada semua :).

Esok saya akan menghadapi  satu ujian penting. Doakan Yang terbaik yer :)
Disini anda boleh melihat keindahan panorama pantai yang sungguh indah. - See more at: http://infozi.com/blog/2013/04/percutian-di-bali-part-1/#sthash.NYEvCHPh.dpuf
Disini anda boleh melihat keindahan panorama pantai yang sungguh indah. - See more at: http://infozi.com/blog/2013/04/percutian-di-bali-part-1/#sthash.NYEvCHPh.dpu

1 comment:

Tihara said...

cantik pulau bali ni
acik teringin nak pi sini dengan satu lagi pulau belitung :)

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...