KLIK TABUNG 2, TQ

Saturday, 20 September 2014

Resepi Diet Simple dan Sedap!

     Selamat berhujung minggu semua! Hari ini saya nak kongsikan resepi sihat yang sesuai untuk mereka yang mahu berdiet. Resepi ini sangat simple dan mudah. Waktu masak yang singkat dan rasa yang menawan. Hehe.So Resepi Sihat kali ini adalah Sup Sayur . Antara bahan yang diperlukan ialah:
  • Bawang putih - 3-4 ulas (dipotong potong)
  • Bawang merah - Separuh( dipotong nipis)
  • Lada hitam - Satu sudu makan ( ditumbuk halus)*Kalau saya selalunya letak lebih sebab lada memang my feveret.
  • Air - 1 1/2 cawan
  • Sayur kubis bunga atau sayuran lain (Tapi kalau guna kubis bunga lebih sedap :)
  • Garam secukup rasa
  •  Sedikit minyak 
  • (Tambahkan sebiji tomato. Kalau suka ada sedikit rasa masam.)*Saya tak letak.
Cara memasak :
  1. Panaskan minyak. Tak perlu banyak.
  2. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dipotong.
  3. Apabila sudah naik bau. Masukkan lada hitam.
  4. Seterusnya masukkan sayur kubis bunga.
  5. Masukkan air.
  6. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. 
  7. Tunggu sehingga kubis empuk. Dan sedia untuk dimakan :) 
      
(Gambar ehsan google aje. Tak sempat ambil gambar dah licin dibantai si adik ) 
 
Kalau sesiapa tak suka Kubis Bunga boleh juga gunakan Cendawan. Saya selalu juga masak guna cendawan. Memang mabeles la. Sup ni biasanya saya makan gitu saje. Tak makan dengan nasi. Sebab makan macam tu lagi sedap. Boleh hirup kuahnya yang sangat mabeles tu. Namapun makanan diet kan.  SELAMAT MENCUBA :)

1 comment:

Anonymous said...

Excellent beat ! I would like to apprentice
while you amend your site, how can i subscribe for a blog web site?

The account aided me a acceptable deal. I had been tiny
bit acquainted of this your broadcast offered bright clear idea

Have a look at my homepage - the voice uk hosts

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...