KLIK TABUNG 2, TQ

Thursday, 18 September 2014

Jogging itu mudah

   Hari yang indah lagi damai ini saya nak share tentang kebaikan berjoging. Joging merupakan senaman yang bagus bagi mereka yang dalam misi untuk menguruskan badan. Tapi kalau joging lebih makan tak jaga tak jadi jugak. Ingat ye kawan-kawan 'Abs are made in the kitchen not in the gym'. Merepek sekejap. hehehe. Terdapat banyak kebaikan yang kita peroleh daripada aktiviti ini. Antaranya ialah:

 

1. Jantung
Jogging merupakan salah satu cara yang efektif untuk menggalakkan otot jantung anda "bekerja". Dengan jogging secara kerap, aliran darah di dalam badan akan menjadi lebih bagus dan secara tidak langsung merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan angin ahmar atau strok.

2. Berat Badan
Bagi yang nak jaga badan tu, jogging adalah satu cara yang sangat bagus. Secara puratanya, jika anda jogging selama 1 jam, sebanyak 1000 kalori akan dibakar. Dalam bahasa mudahnya, untuk kurus kalori perlu dibakar. Untuk membakar kalori lebih banyak perlu jogging lebih lama atau lebih pantas.
  
3. Osteoporosis
Jika anda jogging secara tetap, anda sebenarnya sedang memberi bebanan otot dan tulang secara positif. Dalam masa yang sama, tulang akan dirangsang untuk menjadi lebih kuat dan tidak mudah dimamah usia.

4. Mental
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, jogging mampu meningkatkan mood dan membina keyakinan diri yang positif. Selain itu jogging juga mampu untuk mengurangkan simptom kemurungan.

5. Tidur
Jogging juga mampu membantu anda untuk tidur dengan lebih lena pada waktu malam. Bagus untuk pengidap imsonia..

6. Tekanan
Jogging meningkatkan keupayaan anda untuk menangani tekanan dengan lebih teratur.
   
7. Rasa Bahagia
Jogging mampu merangsang otak untuk merembeskan hormon endorfin. Hormon ni diberi nama jolokan hormon kebahagiaan. Di kalangan pelari, simptom bahagia ini dipanggil sebagai "Runner's High".

8. Kerungsingan
Secara umumnya, mereka yang kerap jogging mempunyai tahap kerungsingan yang lebih rendah berbanding mereka yang jarang atau tidak jogging. Satu kajian menunjukkan jogging yang kerap mengurangkan aktiviti reseptor serotonin yang berfungsi mengawal mood. 

9. Imunisasi
Jika anda seorang yang kerap jogging, anda akan mendapati anda jarang sakit seperti selsema, alahan, keletihan melampau, senggugut, sakit belakang dan sistem pencernaan. Ini menunjukkan sistem imunisasi anda adalah kuat.

10. Otak 
Semasa jogging, darah yang kaya dengan oksigen akan mengalir di dalam otak. Ini menyebabkan otak mendapat bekalan oksigen dan nutrien lain yang mencukupi. Secara tidak langsung, anda akan menjadi lebih produktif.

11. Kulit
Jogging akan merangsang pengaliran darah di dalam badan. Oleh itu pembekalan nutrien dan pembuangan sisa toksik akan menjadi lebih efisyen dan secara tidak langsung menjadikan kulit menjadi lebih mulus.

Itulah antara kebaikan daripada aktiviti berjoging. Tapi ingat ye. Sebelum melakukan aktiviti ini pelbagai aspek kita perlu titikberatkan untuk mengelak daripada berlakunya sebarang kecederaan. Kita mestilah memilih kasut yang sesuai untuk berjoging. Jangan ingat nak berfesyen aje. Amaran kera. Jangan sesekali pakai high heel semasa joging. Itu mencari nahas namanya. Karang tergolek dah terseliuh pulak satu hal. Selain itu, kita perlu memakai stoking untuk mengelakkan kaki daripada melecet. 
     Disamping itu, sebelum melakukan sebarang aktiviti kita perlula warm up dulu. Jangan main bantai redah aje. Lepastu sakit kaki, sakit bahu la macam2 sakit datang. Ingat ye warm up dulu. Pastikan mencukupi untuk senaman yang bakal dilakukan. Sekian saja medan perkongsian saya untuk hari ini. SELAMAT BERJOGGING :)

5 comments:

aizamia3 said...

Nak mulakan tu memang liat tapi bila dah mulakan akan jadi ketagih.. tak payah jauh pergi kat taman.. keliling taman perumahan je saya belasah.. hehehe..

Anonymous said...

Greetings! I know this is somewhat off topic but I was wondering if you knew where I could find
a captcha plugin for my comment form? I'm using the same blog platform
as yours and I'm having difficulty finding one? Thanks
a lot!

Look at my website :: best cheap hosting

Ira said...

Banyak manfaat berjogging ni kan?
Akak da lama x jogging ni.

Anonymous said...

Hi,

I would like to let you know that we are selling high PR Tumblr blogs.
I think as a webmaster, you know the importance of having backlinks
from high PR blogs. And you also know how costly it can be to have backlinks to this high PR
blogs.

Well I would like to inivte you and take a look at our offer.
At very cheap price, you can have your own high PR Tumblr were you can use
as backlinks to your site.

If your interested, please visit: http://bit.ly/highprtumblr

Thanks

Stop by my homepage Cheap High PR Tumblr Blogs

Anonymous said...

Hi,

I would like to let you know that we are selling high PR Tumblr blogs.
I think as a webmaster, you know the importance of having
backlinks from high PR blogs. And you also know how costly it can be to have backlinks to this high
PR blogs.

Well I would like to inivte you and take a look at our offer.
At very cheap price, you can have your own high PR Tumblr were you can use as backlinks to your site.


If your interested, please visit: http://bit.ly/highprtumblr

Thanks

Have a look at my web site: Cheap High PR Tumblr Blogs

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...