KLIK TABUNG 2, TQ

Tuesday, 16 September 2014

Exam Menghampiri Superbike Juga yang Dikejar!

    Dalam kesibukan menelaah pelajaran tidak dilupakan juga kepada Mr. Superbike kesayangan. Hehe. Exam pun nak dekat. Ilmu belum cukup di dada lagi tapi sibuk dengan superbike. Kalau ada masa boleh la nak ke Karak bersama rakan-rakan seperjuangan. Motor tu pun dah berapa bulan tak jalan. Mana nak sempat dengan puasanya. Time raya orang sibuk. Lepas raya exam pulak. Lepas exam ada gerak gempur. Huihh parah parah tak ada masa nak diluangkan bersama Mr.Superbike. Bila dah lama tak bawak ni sesekali bawa apa salahnya. Memantapkan lagi skil yang ada. Bila tak jalan nanti semakin banyak pula problem dia.
    Bila asyik melayan motor yang satu tu ajekan ade juga la rasa nak beli motor baru. Tapi time exam macam ni tak boleh nak fikir banyak beruban nanti memikirkan hal duit. So antara motor-motor yang tersenarai untuk mejadi koleksi kedua adalah:
 
1. Ducati Panigale 1199 Tricolore
Harga: RM209,999

2. BMW HP4
 
 Harga: RM144,444 - RM158,888

3. Aprillia RSV4 Factory
 
Harga : RM117,988
 
     Kalau macam ni lah harganya baik beli Honda CBR lebih jimat. Kalau beli Panigale tu kena makan maggi ajelah hari2. Maggi pun mahal. Kalau boleh beli maggi tu satu bungkus belah empat. Hahaha. Jangan kata Panigale beli CBR pun belum tentu lepas. Tak apelah Ducati evo dekat rumah tu pun tak ada siapa nak jaga. Lagi nak beli motor baru. Tak payah. Fokus pada exam. Dapat straight A boleh la beli sebiji. Hehehehe. 

    Hadoiyai tengah cuti Malaysia ni boleh pulak berangan lebih-lebih. Motor kapcai pun tak lepas nak bawak. Ada hati nak bawak superbike. Tolak pakai kaki ajelah gamaknya. Itulah kalau hari2 melayan Youtube. Tak dapat SBK layan ajelah Abang2 bikers dengan superbikenyer dekat Youtube. Kos rendah sikit. 
*Cerita diatas rekaan semata-mata. Tak adanya mampu nak membeli SBK. Berangan sekejap. Hahaha

SELAMAT BERCUTI!
MANA YANG PERJALANAN JAUH TU BERHATI-HATI.
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT :)

1 comment:

Mrs Velentine said...

pergh minat motor erk..MV tak reti bawak motor

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...