KLIK TABUNG 2, TQ

Friday, 5 September 2014

BerInspirasi Dengan Lagu Terbang Tunduk - Fyn Jamal

  Aduhai lagunya even ala2 sedih melow but amat best gilehhhh, memberi semangat dan punya makna tersendiri. Dengar cerita (entah iyer ke idak ) lagu ni ditulis oleh AG Coco bersama Fyn Jamal untuk Dato' Halim yang ketika itu sedang dalam perlawanan aerobatik aekrobatik. Ape entah ejaannya. (Hentam ajelah !) Tapi yang bawak kapal terbang rendah tu ler. Dekat Putrajaya haritu. hah... Dah ingat kan.... Ceritanya Dato' Halim ni dari keluarga yang susah. Tapi dia akhirnya berjaya menjadi seorang usahawan juga seorang Kapten yang hebat. Salute sepuluh kali. hehe.
   
  Satu lagi, walaupun dia dah berjaya giler tapi dia masih bergaul dengan orang biasa2, tak hado la menjeling aje 24 jam. Humble gitu!! Thats way la tajuk lagunya Terbang Tunduk. Walau pun dah berjaya terbang setinggi alam tapi dia masih tunduk ke bumi, tak ada la berangan nak bina rumah dekat bulan kan. haha Jom kita nyanyi sama-sama. Kot boleh jadi inspirasi kita untuk berjaya pulak nanti kan. Insha Allah !


Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi
Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana
Payah payah semalam
Moga mudah selama
Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu
Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

Lagu : Terbang Tunduk
Artis : Fynn Jamal
 
( Saya tengah stress giler2 untuk PT3 Tahun ini, tolong doakan kejayaan saya yer..
Menghitung hari dah skang ni !...)  
AUTO PUBLISH N3

1 comment:

Mummydearie said...

Aunty pun suka lagu ni. Suka dengan suara Fynn Jamal bila mengalunkan lagu. Unik.

Jangan stress, Angah. Stress macamana pun tetap juga kena lalui. Part of your journey,kan. Harap Angah berjaya menempuhinya.

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...