KLIK TABUNG 2, TQ

Thursday, 18 September 2014

Aktiviti Harian Cutiku

    Hari Khamis pada cuti pendek di pertengahan bulan sembilan. Tak ada apa yang boleh dibuat duduk rumah study dan melayan youtube. Dari hari Isnin hari tu sempat la berjogging dengan kawan. Selamat pusing 10 kali padang bola sepak. Penatnya jangan cakaplah. Biasalah kalau bersenam sebulan sekali memang macam ginilah rasanya.
  Adik bongsu sibuk mengikut umi ke office. Entah apa nak dibuatnyer pun tak tahu. Habis berjogging sambung lagi pendakian yang tak seberapa pendakian berjalan kaki ke Sungai Gabai. Boleh rasa tak penat dia. Haha. Memandangkan masa pergi tu masih pagi jadi sampai sana masih tak ramai orang. Sampai sahaja dekat air terjun. Lepak2 sekejap sebelum mendaki tangga untuk ke tingkat atas. Huih memang membakar lemak betul. Sampai atas rehat sekejap baru turun balik. Sampai bawak rehat lagi lima belas minit baru la jalan kaki semula untuk keluar ke jalan raya.
    Haih memang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. First time naik Sg Gabai ke tingkat atas. Hehehehe, Dulu selalu juga ke sana cuma main dekat air terjun aje. Tak pernah naik tingkat atas. Sekali cukuplah tak nak naik lagi. So aktiviti harian untuk cuti kali ini adalah berjogging. Hehe
 
   Selamat Bercuti Kepada Semua Rakan seperjuanganku. Jaga diri. Jangan nanti dah nak masuk sekolah macam-macam penyakit pulak yang datang. Jangan lupa study. PT3 nak dekat. Selamat Bercuti sekali lagi :)   

1 comment:

Mayang ABDUL RAZAK said...

WAHHH... BAGUS UTK KESIHATAN.. AKAK PN BARU STAT JOGING ... LAM PROSES NAK KURUSKAN BADAN... HEHHE JOGING SABTU AHAD AJE.. AGAK2 BLEH TAK KURUS LAU GITU

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...