KLIK TABUNG 2, TQ

Wednesday, 4 June 2014

Sarapan Di Mana !

Sarapan pagi sering saja diremehkan dan dianggap tak penting. Terkadang banyak pulak alasan untuk melewatkan sarapan pagi, misalnya kerana takut gemuklah, tak cukup masa lah, terlambat bangun atau alasan tidak lapar. Padahal tubuh kita memerlukan sarapan, kerana simpanan energi sepanjang malam akan berkurang akibat organ tubuh yang terus bekerja.

Sebab itulah, kita perlukan sarapan pagi untuk memulihkan tenaga semula.  Lagipun otak yang cergas bermula dengan tubuh badan yang sihat kan ! Ada satu kajian yang dibuat menunjukkan, bersarapan pagi memberikan kesan yang dramatik terhadap kemampuan pembelajaran  kanak2. Sarapan juga mampu menguatkan daya tumpuan, masa tindak balas, kebolehan belajar, perasaan dan ingatan kita. Jadi sarapan pagi yang berkhasiat merupakan salah satu cara yang mudah dan berkesan untuk merangsang pencapaian kita. Betul tak UMMI !

TQ , MY UMMI , sebab sudi belanja we alls semua sarapan pagi2 tadi lagi sebelum ke office sebab hari ni UMMI x puasa. Sambung esok katanyer. So, Myself, My Bro, My Lil Sister & My Dad makan nasi lemak berlauk yang sedap, UMMI pulak,  dengan lontong paru kegemaran dierlah.  Gambar x dan nak ambil lah.. Sebab sedap sangat semua licin masuk perut, baru ingat nak ambik gambar.  Kih3 ! Jangan marah ha..

( Gambar hiasan, xde kena mengena dengan N3 yer ! )

Jadi jangan lupa bersarapan sebelum memulakan hari ye.  BTW, uols SARAPAN DI MANA HARI INI  ?? Atau masak sendiri ??

8 comments:

idzwa kamaruddin said...

bawak bekal

Khamsi Abdullah said...

Saya sarapan roti bakar n kopi o kaw2 kat kedai AhSo y best belakang office tadi.. cerah mato ha..

adyna said...

Sarapan pg mmg penting ;) cuti skol Ummi tak bawak jln2 ke ?

Mummydearie said...

Hari ni aunty sempat beli sarapan untuk diri sendiri dan anak-anak. Best dapat pekena roti canai telur dengan teh tarik. Kalau dapat sarapan, lupa dah adik beradik kalori, kolesterol bagai :)

Eh, mana Ummi ni dah lama tak dengar cerita? Sihat ke tidak? Btw, Angah tanya Ummi barang aunty kirim dah sampai ke belum!

Kakzakie said...

Betul kata ummi sarapan memang penting tapi auntie biasa sarapan oat aje...

RDZ Z said...

Singgah pagi disini..Selamat bercuti angah...

Tihara said...

betul sarapan tu penting
sahur pun penting kalau nak puasa :)

Ira said...

wah.. bestnya menu sarapan dia.. :)
masih cuti sekolah lg kan? keje sekolah da siap lum? hehehe..
kirim salam kat ummi ye :)

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...