KLIK TABUNG 2, TQ

Monday, 2 June 2014

Happy Monday Dan Cerita Puasa !

Hari Isnin di minggu pertama cuti sekolah.  Saya & My Ummi berpuasa ganti hari ni. Aduhai sekejap je dah nak masuk Ramadhan yer. Seronok pulak bangun pagi2 bersahur tadi. Kalau minggu lepas dah sibuk dengan aktiviti bersukan dengan my adik beradik, minggu ni nak kena cool down sikit.  Warming2 up sebelum Bulan Puasa end of this month menjelmakan.  Moga2 dipermudahkan puasa saya hari ini dan hari2 seterusnya yer.  BTW Uols dah ganti puasa ke ???.

Ummi dah pun ke office dalam hujan pagi tadi.  Semuanya dah back to normal.  ALONG & ADIK dah kembali sembuh.  Ummi pun.  Cuma saya ajelah, kena skin allergic ler pulak ! Tapi it's small matter je.  Dugaan kecil, jadi kita kena redha ajelah.
Apapun, HAPPY MONDAY untuk semua yer ! Senyum & ceria2kan hari kita semua.... 
 Google..

Mengganti Puasa yang Ditinggalkan
 Soalan:
Tuan, saya banyak meninggalkan puasa semasa remaja, 
bagaimanakah caranya saya  hendak menggantinya, 
dan bolehkah tuan terangkan tentang fidyah dan bagaimana caranya?
 Jawapan:
Puasa adalah rukun Islam yang keempat. Sesiapa yang meninggalkanya dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran bererti telah melakukan dosa besar di sisi Allah SWT. Walaupun ia berdosa di sisi Allah namun tugas mengqadakkan semula puasa yang ditinggalkannya hendaklah dilakukan. Begitu juga dengan pembayaran fidyah .Dalam kes ini jika seseorang itu banyak meninggalkan puasa. Tidak diketahui dengan tepat sudah beberapa tahun ditinggalkannya, ia hendaklah menyediakan cadangan sebagai mengambil langkah berjaga-jaga.
Umpamanya ia meninggalkan puasa selama 10 tahun. Hendaklah ia mengqada'kan ke semua puasa yang ditinggalkannya itu, di samping membayar fidyah berupa secupak makanan untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan itu. Fidyah tidak boleh dibayar selagi ia tidak mengqada'kan puasanya terlebih dahulu. Bagi Imam An-Nawawi dalam Syarh Muhadhdhab orang yang meninggalkan puasa ini hendaklah mengqada'kan puasanya dengan segera dan qada' ini boleh dilakukan secara berturut-turut ataupun secara berselangan hari.

2 comments:

Mummydearie said...

Lamalah tak dengar cerita Ummi...

Wah, tak main masak-masak ke cuti sekolah ni? Alhamdulillah, aunty dah habis bayar puasa. Mengganti puasa macam budak-budak 10 tahun gayanya. Semua pun nampak nikmat depan mata, semua pun nak dirasa tau :)

hainom OKje said...

Aunty pun duk puasa ganti tak habis ni PV...menyesal pulak ganti lambat

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...