KLIK TABUNG 2, TQ

Monday, 5 May 2014

Resepi & Cara Buat Ayam Grilled BerSos Lada Hitam Mudah !

UPDATE AS AT: 6/5/14 @ 8.30p.m.
Alahai, nak tak nak terpaksa share jugalah kongsi yang ini.  Sebab UMMI dah cerita kat blog dier minggu lepas khen, UMMI !  Yang ini saya olah2 ikut cara sendiri, mula2 baca resepi orang lepas tu kita adjust2 lah sikit2, ikut citarasa sendiri. Resepi masing2 kan berbeza2.  Tapi yang penting kata UMMI ada usaha nak buat sendiri... Kira dah oklah ni, sebab ADIK dah siap2 ambik order dari kawan2 dier , yang tak tahan tu, tak tanya pun tukang buatnyer, OK ke tidak dulu !...! ADIK, bab2 promosi ni dier memang hebat ler !

OKlah.. moh ke resepi nyer !

 Ayam di perap simple jer ...
 1 ekor ayam  ( potong2 ikut suka 4 ke, 8 ker, or 12 pun boleh )
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
  1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan jus limau ( kalau suka )
   1 inci halia di tumbuk
2 sudu sos tiram ( kalau suka )
Garam / gula ikut suka 

 Cara Buat
Satukan semua bahan hingga rata, gaulkan  dan  peraplah ayam selama beberapa jam. 
Lagi lama perap lagi bagus dan letak dalam peti sejuk
Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak/marjerin dan bakarlah 
atas pan non stick. Balik2kan ayam sampai masak dan bolehlah di angkat. 
Saya rajin jadi masak dalam kuali ler...
Kalau agak2 malas leh bakar je dalam oven tu. ! kih3

Sos lada hitam
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 sudu besar mentega
2-3 sudu besar tepung gandum
2-3 cawan air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )/ada yang guna fresh milk/susu cair juga
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan sos chili (ikut suka) *Saya tak letak
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam 
Garam /gula ikut suka 

Cara buatnya
 Panaskan mentega dan tumiskan bawang besar sampai agak layu.
Kemudian masukkan tepung gandum dan lada hitam yang telah ditumbuk
supaya nanti tepung tak berketul. Masukkan air dan semua bahan lain termasuk sos2 semua.
Letakkan kiub ayam dan gaul rata !
Kacau atas api hingga pekat.  Masak ikut suka pekat macam manalah yer !
Kalau suka boleh tambahkan dengan cendawan butang dalam tin tu
 (ambil cendawan sahaja & hiris nipis2 !)

DAN HASILNYER ....Bab2 Western Saya Ni Ok lagi lah.
Suh buat masak lomak cili api... nanti2lah.. kih3

( Auto Publish N3 )

3 comments:

Sis Vee said...

boleh belajar buat sos lada hitam ...

Nastyna said...

bestnya masak2. sedap jer resepi ni quite simple.

Mummydearie said...

Angah, Aunty dah siap kopipes. Ummi ni jahat tau saja suruh masuk blog. Lepas tu katanya memang marbeles black pepper sauce Angah ni. Ni yang Aunty tak tahan mendengarnya. Aunty ni bab-bab western memanglah suka. Cakap kat Adik, kalau ada order, pass kat Aunty ajelah. Angah sibuk belajar khens.... *___*

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...