KLIK TABUNG 2, TQ

Saturday, 19 April 2014

Jom kita berEksperimen Cinta.

Masa untuk review novel. Oh yeah oh yeah. Haha. Buat masa ni lebih kurang lima novel telah kukhatamkan tapi tak ada masa nak bagi review dekat sini. Saya ni memang peminat setia novel semalaya. Tak kisah la Karya Seni ke Alaf 21 ke apa2 aja la semua kasi hangkut. Saya bagi satu satu la. Nak bagi review panjang-panjang pun nanti orang pulak malas nak baca.

Untuk harini saya kasi review untuk novel  Eksperimen Cinta terbitan Karya Seni. Meh sini tengok sikit dia punya muka.

   

Sinopsisnya :

Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?

Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damia letakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.

“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”

“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”

Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya?


Novel ni memang dah lama teringin nak baca tapi dah kurang jejak ke bookstore tu la yang asyik tertangguh je kerja membaca novel ni. Tapi tak sangka pula jodoh dengan buku ni sangat kuat. Ehek. Ada seorang budak sekolah ada buku novel ni. Memang ramai dah listkan nama untuk pinjam. Tapi sebab kitaorang geng namaku diletakkan ditempat yang kedua dari sepuluh orang bakal peminjam. Kihkihkih. Kalau nak menunggu yang sepuluh tu memang berjangkut la menunggu kan. Okat let's begin.

Cerita seperti yang dah baca kat atas. Macam tu la cerita dia. Hahaha. Okay okay. Cerita dia mengisahkan tentang Tengku Aaron yang confess kepada Damia dengan menggunakan ugutan. Damia pun memang tak la kan. Rambut dah ala2 kari mamak ada hati nak jadi suami dia kan. Tapi disebabkan sebab2 yang tertentu Damia terpaksa bersetuju untuk menikahi Tengku Aaron. Selepas berkahwin macam-macam la dugaan yang datang. Tengku Aaron ni kalau nak tahu ialah seorang playboy. Banyak la ex ex dia yang menggedik dengan dia lepas kahwin. 

Ekceli Tengku Aaron ni ajak Damia kahwin untuk tunjukkan kepada kembar dia bahawa dia boleh hidup tanpa bekas kekasih dia yang juga isteri kepada kembar dia sendiri. Seplayboy playboy Tengku Aaron ni dia still solat lima waktu. Susah nak cari playboy yang alim ni. So watak dalam novel ni memang lain dari yang lain. Siap boleh jadi imam lagi kau. Haha. Dari segi rupa Tengku Aaron ni memang handsome lah kalah Aaron Aziz. Bila la nak tengok orang yang handsome gila2 dan menepati citarasa kita kan. Novel la tempat yang paling strategik. Habis semua lelaki handsome kita angkut masuk dalam movie awan-awanan atas kepala kan. Okay sudah la tu merepek.
 Tengku Aaron punya la berusaha tak nak jatuh cinta dengan Damia. Tapi nak buat macam kalau dah jodoh tu tak kemanakan. Aikirnya benteng ego Tengku Aaron yang mengalahkan tembok cina tu mula retak sedikit demi sedikit. Dan akhrnya dia jatuh cinta dengan Damia. Bila dia jatuh cinta banyak pula halangan dan rintangan lain yang datang. Macam tak biasa baca novel pula. Susah nak cari yang sad sad ending ni. So confirm la happy kan.
So untuk ketahui lebih lanjut boleh beli dan baca sendiri ye. Malas nak menaip panjang-panjang.

Novel ni ekceli bagi kita pengajaran juga. Dapat sesuatu pengetahuan baru. Jangan fikir pembaca novel ni semuanya suka cintan cintun ye. I'm a strong girl. Tekadku yang satu No Master No Love. hehe. Dah buka moto hidup pula. Dan untuk novel ni saya bagi 3 Star!

  
Tahniah kepada penulis novel ni iaitu ANJELL diatas anugerah 3star yang saya hadiahkan ini. Semoga dapat keluarkan novel yang best2 lagi Okay :)

No comments:

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...