KLIK TABUNG 2, TQ

Tuesday, 15 April 2014

Resepi & Cara Buat Makaroni Bakar Sedap Ikut Selera ALONG !

Habis licin dikerjakan ALONG, waktu melawat dier di asrama tempoh hari. Siap suruh saya buat lagi, tapi nanti2lah ! Skang ni macam malas sikit... Busy ngan study !


Bahan-bahan
  • Lebih kurang 300 - 400 gm Makaroni
  • 250 gm daging cincang
  • 3 - 4 biji telor (pukul hingga kembang) ikut suka
  • 2 - 3 biji cili benggala merah or hijau 
  • 1 peket sosej daging
  • 2 labu bawang besar 
  • 4 - 5 biji cendawan butang
  • 1 tin susu cair/ Atau 1 tin carbonara cendawan (Campbell tu )
  • 1 tin sos preggio (Campbell juga) 
  • Sedikit keju parut
  • Minyak utk menumis & sedikit garam

Cara Satu ...

Mula2 rebus makaroni hingga empuk & toskan .Kemudian panaskan minyak & tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukan  daging cincang/sosej daging yang dipotong2 & kacau rata hingga daging masak. Masukkan pula cendawan butang & cili benggala. Selepas itu masukkan susu/carbonara cendawan/sos preggio garam dan sedikit gula kalau suka. Masukan makaroni dan kacau hingga mendidih.Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak. Tuangkan telor dan taburkan keju. Bakar selama 180 C (40 minit)

Atau Cara Malas..

Mula2 rebus makaroni hingga empuk & toskan.  Masukkan dalam loyang dan susun2kan berselang seli dengan segala bahan2 yang lain.  Curahkan  susu cair/carbonara cendawan/sos preggio tu, telor dan parut/letakkan keju. Lepas tu bolehlah dibakar anggaran selama 40 minit juga .  Memang sedap !

Resepi yang ini ALONG saya paling suka !  Agak2 nak cuba, sila kanlah ya !.... Ini cara sayalah, bukan ikut resepi sebijik2 tapi ikut citarasa tekak sendiri hihihi 

( SORRY YE X SEMPAT NAK BW, SIBUK STUDY LA NI  ...........)

4 comments:

Tihara said...

wahh pandai anak KA memasak
bertuah ibu, nampak sedap ni :)

aizamia3 said...

terbayang kalau kejunya banyak.. dapnye.. ;)

:: idzwa :: said...

tertelan airrr lio!

Mummydearie said...

Lapar terus rasanya, Angah. Dah kopipes masuk dalam kepala. Rasa nak cubalah petang ni gak. Kalau tak masuk dalam blog tu, faham-faham ajelah. Maklumlah kalau suka menderhaka pada resipi memang kejadiannya luar biasa :)

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...