KLIK TABUNG 2, TQ

Thursday, 6 March 2014

Jom Kita Teroka Turki!

    Bila nak bukak cerita pasal Turki teringat pasal Allahyarham Ahmad Ammar yang telah selamat dikebumikan di makam sahabat nabi disana. Sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau. Amin~ So tak mau sedih2 dah. Jom kita teroka keistimewaan dan tempat yang menarik yang boleh kita lawati di sana.Wow wow wow masuk sebut aje Turki terus teringat cerita Istanbul Aku Datang lakonan Lisa Surihani dan Tomok dan krik krik tak ingat pulak nama dia. kih kih. Sudah sudah stop. Bukan nak cerita pasal movie sekarang ni. Lets move on. Bila start menjelajah dari blog ke blog banyak la tempat di Turki yang menarik perhatian saya antaranya ialah:

1-TOPKAPI PALACE
 
Topkapi Palace atau dalam Ottoman Turki biasanya dieja “Topkapi” dalam bahasa Inggeris adalah sebuah istana di Istanbul, Turki, yang merupakan kediaman rasmi Sultan Uthmaniyyah untuk kira-kira 400 tahun (1465-1856) pemerintahannya. Istana dihias bagi majlis-majlis negeri dan hiburan diraja dan menjadi tarikan utama pelancong hari ini kerana terdapat banyak peninggalan-peninggalan suci dalam dunia Islam seperti jubah dan pedang Nabi Muhammad S.A.W. Pembinaan istana bermula pada tahun 1459, yang diperintahkan oleh Sultan Mehmed II, penakluk Constantinope Byzantine.

2- BLUE MOSQUE
 
Masjid Sultan Ahmed adalah Sebuah masjid bersejarah dan unik di Istanbul, bandar terbesar di Turkidan ibu kota Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga 1923). Masjid ini dikenali sebagai Masjid Biru kerana jubin biru yang menghiasi dinding bahagian dalamnya. Masjid ini dibina antara tahun 1609 dan 1616, semasa pemerintahan Sultan Ahmed I. Sama seperti masjid lain, ia juga dibina untuk makam pengasas, madrasah dan tempat penginapan. Masjid ini masih digunakan dan telah menjadi tarikan pelancong kerana keindahan seni binanya.

3- HAGIA SOPHIA/ ST SOPHIA MUSEUM
 
Hagia Sophia adalah sebuah gereja Ortodoks dan menjadi masjid sebelum menjadi muzium di Istanbul, Turki. Dalam tempoh antara 360 hingga 1453, berkhidmat sebagai Greek Patriarchal Cathedral of Constantinople, ia ditukar kepada gereja besar Roman Katolik di bawah Patriarch Latin Constantinople ketika tentera Salib menubuhkan Empayar Latin. Bangunan itu adalah sebuah masjid dari 29 Mei 1453 sehingga tahun 1931. Ia telah dibuka sebagai muzium pada 1 Februari tahun 1935.

4- COTTON CASTLE
 
Pamukkale yang bermaksud “istana kapas” dalam bahasa Turki, adalah sebuah kolam air panas semula jadi di Denizli Negeri di barat daya Turki. Bandar yang mengandungi air panas teres campuran mineral bekarbonat bertingkat yang mengalir. Ia terletak di rantau Aegean Inner Turki, di lembah Sungai Menderes, yang mempunyai iklim sama bagi kebanyakkan tahun. Bandar purba Greco-Roman dan Byzantine Hierapolis dibina di atas 'istana' putih kira-kira 2700 meter(8860 kaki) panjang, 600 meter( 1970 kaki) lebar dan 160m (525 kaki) tinggi. Ia boleh dilihat dari bukit di seberang lembanh di bandar Denizli, 20km dari Pamukkale.

 5- GOREME,CAPPADOCIA
 Hot Air Ballooning di Göreme, Cappadocia. (FOTO: Herajeng Gustiayu)
Pemandangannya bagaikan di alam dongeng. Kontur tanah dan formasi bebatuannya di tempat ini unik, menyerupai permukaan bulan. Di sini kamu dapat merasakan hidup menginap di cave house atau rumah gua, yang dibuat dengan cara menebuk batuan menjadi sebuah kediaman. Jika ingin melihat seluruh keindahan alam Cappadocia dari atas, cubalah terbang dengan Hot Air Balloon.

6-  EDIRNE
 Selimiye Mosque, masjid persegi dengan kubah besar tunggal dan empat menara ramping, mendominasi cakrawala Kota Edirne. (FOTO: Herajeng Gustiayu)
Daya tarik utama Kota Edirne lebih kurang  sama seperti negara Yunani dan Bulgaria ialah Selimite Mosque yang juga memegang status sebagai UNESCO World Heritage.Masjid ini dirancang dan dibangun oleh arkitek Mimar Sinan pada usianya yang ke-80, yang dengan bangga dia sebut sebagai “karya terbesar saya”. Ya, masjid ini terhitung sebagai karya besar seni bina, tak hanya pada sejarah Ottoman sebagai seni bina Islam, namun juga dalam skala dunia. Perjalanan yang diambil untuk sampai ke Edirne melalui  Istanbul dengan menggunakan bus ialah selama 2,5 jam perjalanan.

 7- GRAND BAZAAR ISTANBUL


Grand Bazaar Istanbul adalah salah salah satu pasar teduh yang terbesar dan tertua di dunia, dengan lebih daripada 58 jalan diteduh dan 1,200 lebih kedai yang menarik di antara 250,000 dan 400,000 pelawat tiap hari. Dibuka pada 1461, ia terkenal dengan intan-berliannya, seni tembikar, rempah, dan kedai permaidani. Banyak dari gerai di bazaar dikelompokkan oleh jenis barangan, dengan kawasan khas untuk kot kulit, intan berlian dan yang serupa.Di Grand Bazaar ini boleh la kita nak beli buah tangan atau shopping barang  atau cenderahati untuk dibawa pulang. 

source from here and here

3 comments:

paridah said...

sudah pernah ke turki ker...auntie xpernah sampai n hanya sampai sambil klik2 saja kot...

are_lin@yu said...

cantiknya semua2 tmpat ni..

mama aryan said...

cotton castle tu sgt menakjubkan

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...