KLIK TABUNG 2, TQ

Thursday, 20 March 2014

Dah Tahu Result SPM & Doakan Saya !

Hari ini result SPM 2013 dah pun keluar kan.  Tahniah pada kawan2 (senior2) saya yang berjaya, dan mana2 yang kurang cemerlang tu, janganlah cepat berputus asa. Perjalanan kita masih jauh sangat sebenarnya. Ok! Cuba & cuba lagi.
Esok hari Jumaat pula, akan ada ujian @ sekolah buat saya. Peperiksaan sebelum cuti sekolah menjelang. Ulangkaji sudah, so tawakkal ajelah. Doakan saya juga yer ! Apapun akan buat yang terbaik dan sehabis baik yer UMMI ....... In Shaa Allah !  Saya kongsikan yang ini untuk semua rakan2 saya juga yer !

Doa Pada Hari Peperiksaan

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.” 

3 comments:

BM said...

InsyaAllah...kalau yakin bersedia, pasti boleh. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan berjaya menjawab dgn tenang dan tepat!

Mummydearie said...

Bagus Angah berkongsi ni. Nak suruh Abang baca mana yang patut bila nak sit for exam nanti.

Good Luck untuk Angah juga!

MaMa Rey said...

InsyaAllah akn dpermudahkn..^-^

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...