KLIK TABUNG 2, TQ

Monday, 3 March 2014

Cintaku Tertinggal Di Korea

    Kali ini saya nak share lagi pasal novel yang bertajuk Cintaku Tertinggal di Korea. Novel ini menceritakan tentang seorang perempuan yang jatuh cinta dengan seorang lelaki Korea. Disebabkan perbezaan agama dan keluarga yang menghalang  memaksa si perempuan memutuskan hubungan. Tetapi hati keduanya masih mempunyai rasa cinta yang membuak-buak. Tanpa pengetahuan si perempuan si lelaki telah lama memeluk agama Islam. Disebabkan suatu peristiwa pahit si perempuan terlantar di hospital. Dapatkah si lelaki mendapatkan restu keluarga si perempuan?  Dan seterusnya jemput baca sendiri. hehe

Cintaku Tertinggal Di Korea

Jom layan sinopsis dia.

“Kenapa? Awak malu jalan dengan saya yang comot?” - SON MIN HYUK

“Bukan macam tu, lah. Saya tak pernah kisah pun awak tu macam mana, comot ke apa ke, saya terima aje.” - AIMIN HAZWANI
Opsss… Adakah itu bermakna Aimin telah menyerahkan hatinya kepada Son Min Hyuk, si mamat Korea mata sepet itu? Pertemuan yang tidak disengajakan itu, akhirnya membenihkan rasa yang indah berbunga-bunga pink. Bak kata orang, dalam hati ada taman.
Namun, Aimin terpaksa akur kerana perbezaan agama dan haluan hidup, mereka tetap tidak boleh bersama. Antara dia dan Son Min Hyuk bagaikan pipit dan geroda. Tambahan pula jodoh Min Hyuk setia menanti.
“Saya minta maaf. Kita tidak sehaluan. Cinta saya pada awak terlalu lemah jika dibandingkan dengan kasih sayang dan cinta saya pada Allah, Nabi Muhammad dan juga ibu dan ayah saya. Hubungan kita dah berakhir dan tak mungkin akan bersatu kembali. - AIMIN HAZWANI
“Tapi… saya sebenarnya dah…” - SON MIN HYUK
“Cukup, Min Hyuk. Kita memang tak boleh bersama. Sampai bila-bila pun.” - AIMIN HAZWANI
Kesengsaraan hidup Aimin makin parah apabila muncul Fariz yang membawa dendam kesumat akhirnya menyebabkan Aimin cedera parah dan koma.
Kehadiran Adam Yusuf yang setia menemani Aimin pada saat dia berperang dengan nyawanya mengubah segala-galanya. Adam Yusuf persis seseorang yang pernah membuatkan hatinya berbunga-bunga.
“Ayah harap adik dapat terima Adam Yusuf.” – AYAH AIMIN.
“Anggaplah Son Min Hyuk dah tiada dan pergi daripada hidup awak.” – ADAM YUSUF
Siapakah Adam Yusuf?
Untuk novel ni saya bagi 3 star

6 comments:

Muhammad Taufiq said...

Dah lama tak terjah sini, hari ni baru dapat terjah blog awk :)

Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

Mummydearie said...

Bila tengok Angah rajin buat summary novel ni, membuak-buak pula perasaan nak baca novel lagi :)

Riedaffya ibrahim said...

hai sis...da bape kali sy terpandang novel ni...nampak gaya nye kene rembat jugak le..

wantie said...

Rajinnya membaca novel. Keep it up yer

Rosmiza Ali said...

Wah! Macam best jer novel ni.. =)

QasehnyaRania said...

dh kurang bc novel skrg ni..mcm menarik bc summary ni

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...