KLIK TABUNG 2, TQ

Tuesday, 18 February 2014

Musim Novel Dah Kembali! - Rasa Yang Tertinggal

   Setelah hampir dua bulan meninggalkan hobi sebagai seorang pembaca novel tegar, hobi yang kukunci selama dua bulan ini telah selamat membebaskan diri. Baru2 ni sudah tiga buah novel iaitu Cintaku Tertinggal Di Korea13 Jam A380 dan Rasa Yang Tertinggal  kukhatamkan. hahaha. Novel Rasa Yang Tertinggal berkisarkan tentang dua orang sahabat seorang lelaki dan seorang perempuan di mana apabila menginjak dewasa si lelaki meminta bantuan si perempuan sebab emaknya nak mengahwinkan dia dengan seorang perempuan yang dia sendiri tak suka. Jadi si perempuan kena berlakon kononnya dia ialah awek si lelaki. Tanpa mereka sedari si emak dah terpikat dan masuk meminang si perempuan. So apa jadi? Baca lah sendiri haha.

Rasa Yang Tertinggal
    
   “Aku tak suka campur adukkan antara cinta dan persahabatan. Biarlah cinta dengan cinta dan sahabat dengan sahabat. Itu pendirian aku yang takkan aku padam.”

Kerana prinsip tersebut, TUAN RYAN ZHARIFF memendamkan perasaannya yang sebenar terhadap gadis tersebut. Gadis itu sukar untuk didekati menyebabkan gadis itu amat berlainan pada pandangan matanya. Ryan mula mendekati UMMU BALQIS melalui hubungan persahabatan tapi pada masa yang sama dia memberikan janji kepada gadis lain.

Namun, takdir berkehendak lain apabila mereka terperangkap dengan jerat yang mereka ciptakan sendiri.

“Qis, macam mana kau boleh ada dekat sini? Dan kenapa kau pakai cantik-cantik ni?”

“Aku rasa kau salah rumah, Ryan. Yang sepatutnya datang sini suami aku, Zhariff. Bukan kau.”
Dalam kepayahan mencari erti sebuah perasaan, mereka akhirnya memilih jalan kehidupan yang sukar. Balqis pergi meninggalkan Ryan Zhariff demi cinta lelaki itu kepada gadis lain. Tetapi pada Ryan Zhariff, rasa yang tertinggal tidak mungkin akan terpadam. Adakah benar kata orang, antara lelaki dan wanita tidak akan wujud istilah kawan baik? 

So sekarang ni dalam misi menghabis bacakan novel Isteri Untuk DisewaWalau lama mana pun kita ambil masa untuk baca novel. Pelajaran jangan sesekali dilupakan okay. Buku sekolah pun masih perlu dihadap. haha. okay. Terima Kasih kerana sudi membaca :) Untuk novel 13 Jam A380 dan Cintaku Tertinggal di Korea akan di update pada lain n3.

Untuk novel ni saya bagi 2 star


Untuk lebih maklumat klik di sini

7 comments:

BM said...

Kurang minat baca novel...tapi isteri sukalah. :)

BM said...

Masyaallah, Tak perasan pun...rupanya anak dara KA yer... :)

Haryati Faizal said...

baca dah novel 13 jam A380, besh gak...cuma bila dahde bb kecik ni takdan dan nak baca novel

Puan Bui Junaidi said...

DULU BUI SUKA BACA NOVEL..MS BELUM KAWEN DAN ADA ANAK2..SEKARANG MCM TAK CUKUP MASA JER NAK LAYAN NOVEL..

hainom OKje said...

Ohhh suka baca novel rupanya samalah mcm anak OKje...OKje tak sukaaa hehe

Mummydearie said...

Saya pun suka sangat baca novel tapi kengkangan masa aje yang menghalang. At least oklah dpt 1 jam sehari sementara menunggu anak balik sekolah. Dah peringkat umur ni, tak suka dah cerita cinta. Lebih kepada thriller je :)

potia said...

amboi ni mesti suka ngadap novel dlm bilik ni smbil baring2 kan? haha

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...