KLIK TABUNG 2, TQ

Thursday, 20 February 2014

Anganku Di London Katako - 13 Jam A380

   N3 kali ini nak share pasal novel yang telah selamat saya khatamkan iaitu 13 Jam A380. Cerita ni  mengisarkan tentang si stalker yang sering kali menghendap si jejaka melalui laman Twitter. Pada suatu hari mereka dipertemukan di dalam MAS A380 dan menjadi kekasih kayangan hanya selama 4 jam. Apabila pesawat udara itu mencecah lantai bumi, segalanya pergi bagai wap udara. Cerita yang bagus. Banyak fakta dan hadis2 yang dimuatkan didalam novel ini. So pada pandangan sayalah novel 13 Jam A380 novel yang sangat ohsem. Banyak perkara baru yg kita dpt pelajari dari dalam novel tu. Jadi bolehla menambah sedikit pengetahuan kan. Bukan memanjang cerita pasal cinta je.  Terdapat juga banyak pengajaran dan nilai2 yang dapat kita terapkan dalam diri. So sesiapa yang berminat boleh ke books store yang berdekatan dengan anda. Promosi pula dah. haha

13 Jam A380

    Jom kita cerita sinopsis dia sikit. 
  
    13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan Hana Sofea dan Syed Haydar, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit.
    
    Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah ke seluruh pesawat bersama merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi, segalanya pergi bagai wap di udara.

    "Hana, thank you for last night... But I can't have cocaine all the time."-Syed Haydar
  
   Melihatkan sendiri kemesraan Syed Haydar dan Kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan Hana Sofea daripada mimpi.
    
    Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan Hana Sofea kepada Fawwaz Hussaini, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea ialah ibunya.

"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... I will pay you fifty buck per hour..."-Fawwaz Husaini
"Dapat hadiah tak?"-Hana Sofea
"A pink Audi TT, is that okay?"- Fawwaz Hussaini
"Saya nak Audi TT yang latest version aje. Yang lain saya tak nak."- Hana Sofea

    Hadirnya hana Sofea menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bungan popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea  bagai menyedarkan Hana Sofea tentang kasih sayang Tuhan . Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, Syed Haydar datang menuntut sebuah cinta...

"Saya rindu awak,Hana... Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana."-Syed Haydar.

Adakah  mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti? Persoalannya akan terjawab apabila anda membacanya sendiri. kuang kuang.

Untuk novel ni saya bagi 4 star

1 comment:

paridah said...

wah minat baca novel ya...

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...