KLIK TABUNG 2, TQ

Saturday, 21 December 2013

Dah OTW Untuk Cuti2 Malaysia Lagi !

Hari tu2 dah cuti2 seluruh keluarga, Kali ni cuti2 my family aje
Tq Ummi sebab sudi bawak kita,
Walau sebenarnyer UMMI kena kerja
Jadi kita lepak2 santai lah Adik yer !
Walaupun untuk 4 -5 hari je 
Ala dun worry, Abah kan ada !
Akan stay di salah sebuah bandar di Johor sana ....

 

JOHOR DARUL TA'ZIM
Here I come  !!!!

  http://ms.wikipedia.org/wiki/Johor
Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat. Bagi persempadanan antarabangsa pula, negeri Johor berkongsi sempadan maritim bersama Provinsi Kepulauan Riau dibahagian laut sebelah timur, disebelah barat pula bersempadan maritim dengan Provinsi Riau, Indonesia. Manakala bahagian selatan pula dipisahkan dengan Selat Tebrau bersama Republik Singapura.
Dengan keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi (7,420 bt2), Johor merupakan negeri ke-5 terbesar dalam negara Malaysia dan negeri ke-3 terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain itu, negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeri Selangor dan negeri ke-7 terpadat di dalam negara.
Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di selatan negeri ini. Bandar raya tersebut merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Batu Pahat, Muar dan juga Kluang. Nama rasminya iaitu "Darul Ta'zim" berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud tempat perlindungan yang bermaruah.

1 comment:

Mummydearie said...

Hah, nampak tak tu maknanya... tempat perlindungan yang bermaruah. Negeri kebanggaan kitalah tu. Ni bila nak balik cuti2 nih...

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...