KLIK TABUNG 2, TQ

Tuesday, 17 December 2013

Antara Rawatan Jerawat Yang Salah !

Saya terbaca info ini di LAMAN SESAWANG YAHOO.COM.  Jadi saya kongsikan sama2 untuk makluman & manafaat semua ya !
( GooGLe)
Jom kita lihat antara kesalahan-kesalahan dalam merawat jerawat

Sapu ubat gigi
Seperti yang diperkatakan dengan meletakkan ubat gigi pada jerawat yang tumbuh itu boleh menghilangkan jerawat. Nah itu semua tidak benar, tetapi sebenarnya ubat gigi itu berfungsi lebih untuk memberi kesejukan pada wajah sahaja. Malah sebenarnya bahan-bahan yang terkandung dalam ubat gigi itu boleh menyebabkan kulit anda kemerahan dan seperti terbakar.

Perah limau atau lemon
Limau dan lemon adalah buah-buahan yang memang sedap untuk dimakan serta aromanya yang harum dan menyegarkan pasti menjadi tarikan. Namun kini ada sesetengah wanita mengamalkan cara yang salah untuk merawat jerawat kerana ketahuilah air perahan limau dan lemon itu terkandungnya asid yang agak tajam yang mana apabila terkena pada kulit ianya akan menyebabkan jerawat anda semakin gatal dan merah-merah.

Berjemur
Berjemur di tengah panas sememang dapat mengeluarkan segala kotoran yang ada di bawah kulit muka. Namun begitu, secara tidak langsung jerawat yang tumbuh itu juga akan meninggalkan kesan bintik hitam dan akhirnya akan membuatkan kulit wajah kamu semakin lain bahkan jerawat juga akan semakin merebak lagi.

Air putih telur dan hirisan tomato

Buah tomato memang tidak disangkal mempunyai khasiat dan baik untuk kulit kerana mengandungi vitamin A. Tetapi ia tidaklah terlalu berkesan untuk menghilangkan masalah jerawat di kulit anda dan petua menggunakan air putih telur juga tidak pratikal kerana mungkin sesetengah berjaya tetapi kesannya pada jangka masa panjang mungkin tidak berkekalan.

Jadi fikir2lah dulu sebelum kita buat sesuatu.  Moga info ni dapat membantu semua. Yang penting bagi saya, pilih pencuci muka yang bersesuaian dan pastikan kulit muka dicuci sebersih2nya sebelum masuk tidur kan !

4 comments:

wantie said...

thanks sharing..

ada jugak ye org ketak ubat gigi. tak pernah tau pun

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

perkongsian yang baik.. betul tu, yang penting pilih pembersih muka yang sesuai dengan kulit kita..

Kakzakie said...

Macam-macam ye penyalahgunaan demi nak cantik tak tahu tapi sebenarnya tak betul..

Raudzah Z said...

Thanks angah..banyaknya petua ya!!! Samsung & churp-churp for angah!!!

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...