KLIK TABUNG 2, TQ

Tuesday, 12 November 2013

Resepi Macaroni Mudah & Layan Selera Pelik Adik Yang Sedap !

Orang lain makan dengan spaghetti. Tapi Adik suka sangat makan dengan macaroni. Sebab Adik suka sangat makan yang ini, saya masakkan jugalah ikut resepi sendiri.  Bab2 western ni saya buat sendiri. Sebab UMMI TU tak berapa nak reti !. Kalau tang menu melayu asli, Memang terrorlah Ummi ! Resepi & cara buat yang ini, Saya belajar & TQSM to my beloved Untie ! ( Tapi barang2 semua Ummi yang beli ni ...)

Bahan-bahan
  • 1 peket spaghetti yang dah saya TUKAR MACARONI
  • 1 - 2 tin Prego Tradisional
  • 1 tin kecil tomato puree (Kimball) ( Ikut suka ) 
  • 5 - 6 sudu besar cili giling jenama Puteri
  • 1 peket daging cincang (Ramly)
  • 1 peket meat ball jenama Ramly ( belah dua pun boleh )
  • 1 labu bawang India (warna kuning tu )- potong dadu
  • 3 - 4 ulas bawang putih - potong dadu kecil2
  • cendawan butang - hiris nipis2
  • 1 biji tomato - potong dadu
  • garam/gula
  • minyak masak & air
  • hiasan : ikut sukalah yer
 AMARAN! JANGAN SESEKALI GUNA DAGING BURGER RAMLI.  
Bukan apa, kali ni saya 'terpaksa' guna daging ramli disebabkan daging kisar tak hado. Jadi kuah spaghetinya jadi berminyak. Dah buang nanti dia timbul balik. Sbb daging burger kan berminyak. So amaran awal la ni. hehe
Cara-cara
Rebus spaghetti/macaroni dalam air yg mendidih banyak
 Masukkan sedikit garam & minyak masak
Rebus sampai lembut
Lepas tu tos kan air nya. Bilas sekali lalu dengan air sejuk.

Untuk kuahnya
Panaskan minyak jangan guna banyak-banyak ye. Amalan tak sihat tu.
Kemudian tumis bawang India & bawang putih hingga kekuningan
Masukkan daging cincang dan
 kemudian masukkan meat ball tu.
Seterusnya masukkan cili giling.
Kemudian masukkan sos Prego, tomato puree & air secukupnya.
Jangan terlalu banyak nanti dia jadi cair.
 Tunggu mendidih..
Masukkan cendawang butang & tomato. 
Masukkan garam & gula  secukup rasa
Boleh di hidangkan dengan hirisan carrot & brokoli rebus

 
 SIAP DAH , HAMBIK KO ADIK ! 

"Siap boleh dier komen lagi
Rasa dah sedap ni Angah
Cuma cair sikit je !"

( Apa ko hengat ni MasterChef Celebriti ke nak komen2 ! )

3 comments:

wantie said...

naiim pun suka macaroni. kalau spaghetti tu dia memang kurengggggg...dia cakap susah nau nak makan asyik terkeluar dari garpu jer. hahaha..

tapi Naiim suka Macaroni goreng basah.

Tihara said...

makaroni memang sedap, letak cheese..walawei bestnya

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

jarang makan spageti atau macaroni.. nampak sedap sos tu.. :D

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...