KLIK TABUNG 2, TQ

Thursday, 21 November 2013

Indahnya Tasmania, Australia!

Hello everyone! Today I'm going to share about a place that can we choose for our tour destination. It's may be your best vacation this year. Hehe. There are many activities that can we do there. Jom kita teroka Pantai Timur Tasmania, Australia. Antara tempat yang menarik ialah  Maria Island. Dari Triabunna anda boleh naik ferri untuk ke sana. Tempat yang sangat sesuai bagi sesiapa yang menyukai alam semula jadi. Tempat ini kaya dengan sejarah dan bebas kereta yang juga merupakan syurga hutan belukar dan kayak laut. Menginap di syurga percutian di Coles Bay dan dari sini anda dapat melihat Oyster Bay yang jernih airnya di pintu masuk ke Freycinet National Park.
      Berjalan ke Wineglass Bay yang mempesonakan dan kemudian berenang, naik bot, memancing, bersnorkel dan menyelam skuba dari pantai putih yang cantik. Di Mount William National Park yang berdekatan, anda boleh berjalan di Bay of Fires melepasi kanggaru forrester, tinggalan cangkerang (middens) Orang asli, hutan kayu dan pantai yang putih. Kemudian pergi memancing (game fishing) atau menyelam di pelabuhan St Helens yang indah pemandangannya yang terletak di pesisir Georges Bay. Rasa keju dari ladang di Pyengana yang berdekatan atau kunjungi ladang anggur serta beri di sekitar bandar tepi laut di Bicheno dan Swansea. Kemudian pergi ke Douglas-Apsley National Park di mana anda boleh berjalan serta berkhemah di sungai yang sunyi, air terjun, hutan hujan dan pokok eucalypt serta pokok pain yang tinggi. Di hujung utara pantai anda akan lihat Flinders Island, tempat untuk menyelam dan melihat bangkai kapal, mendaki hingga ke puncak cerunam berwarna merah jambu serta kelabu di Mount Strzelecki dan mencari berlian di Killiecrankie.

(Maria Island,TAS)

 
(Kangaroo Forrester, TAS)
 
(Douglas-Apsley National Park,TAS)

 
  (Mount Strzelecki,TAS)

Selain itu, tempat yang menarik di Tasmania ialah Hobart serta kawasan yang berdekatan dengannya. Belayar atau berkayak di sungai Derwent, hirup kopi di bawah payung matahari di Salamanca Square atau selami suasana pelautan di subbandar pertama Hobart iaitu Battery Point. Hanya 20 minit dari gudang batu pasir abad ke-19 di Hobart, letaknya hutan belantara Mount Wellington yang terdedah kepada angin. Di timur laut Hobart terletaknya Coal River Valley yang mempunyai ladang wain beriklim sejuk dan bandar sejarah Richmond. Jika anda menuju ke arah yang bertentangan iaitu sedikit ke barat daya, Huon Valley akan membawa anda ke satu lagi bandar bersejarah Huonville. Di perkampungan desa tepi pantai di Kettering, anda boleh naik feri kenderaan menuju ke Bruny Island  atau belayar sambil melihat hidupan liar melepasi batuan berceracak, gua dan cenuram laut. Dari Cockle Creek yang berbentuk bulan sabit, anda boleh hayati hutan belantara yang tersenarai dalam Warisan Dunia di Southwest National Park walaupun anda tidak menjejak keluar dari pantai. Ketahui tentang kehidupan seorang banduan pertengahan abad ke-19 di Port Arthur Historic Site di Tasman Peninsula. Kemudian menginap di Woodbridge, berjalan di pantai yang luas di Tasman National Park dan makan dengan mewah di Peppermint Bay. Lihat pokok oak yang berusia 200 tahun dan kotej batu pasir di Oatlands atau ikut laluan peneroka di Heritage Highway dari Launceston ke Hobart. Berkunjung ke bandar yang cintakan barang antik di New Norfolk dan Hamilton yang indah di Clyde River. Untuk merasai suasana di tanah tinggi (high country) dan wiski malta, kunjungi Bothwell di tepi selatan Central Plateau.
   
 Daki Mount Wellington 
(Mount Wellington,TAS)

Bersiar-siar di Salamanca Place 
(Salamanca Place, TAS)

Berkunjung ke Richmond dan Kettering 
Kepada yang membaca harap enjoy. Jumpa lagi di lain n3. Bye :)

No comments:

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...