KLIK TABUNG 2, TQ

Tuesday, 10 September 2013

Stressnya jadi student!

 Hello and Assalamualaikum pembaca dan blogger2 sekalian. Ui ui rasanya dah lama tak bercerita kisah hidup. So malam ni nak share sikit :) Hmm everything okay saje. Cuma sejak dua kebelakangan ni mental breakdown sikit. hehe. Mana idaknya boyfren buat konsert tapi saya ni duk rumah je. Bukan saya sahaja rakan2 seperjuangan juga turut sama berduka.

 Twitter heboh tentang MTV World Stage di Sunway Lagoon baru2 ni. Sana sini duk bercerita. EXO la EXO la EXO la. Itu je yg minat. So itu je yang saya kisah.  Nak buat macam mana tak ada rezeki nak pergi. Tapi hidup harus diteruskan. eh?

 Duduk rumah baca buku plus plus novel. Nak baiki bahasa inggeris yang masih tidak bagus.Dengan tugasan sekolah yang macam2. Mmg stress betul. Dengan PBS lagi. Hadoi! :( Dalam sibuk2 belajar pun kena jugak buat benda2 lain. Nanti naik gila pulak asyik baca buku je. Bagi saya kalau belajar kena dengar lagu. Kalau tak ada lagu mmg tak boleh nak masuk. Time dalam kelas pun pandang cikgu sampai tembus ke bilik sebelah. Bosan sangat. Nasib ada kawan yang rajin buat nota. Boleh minta tolong ajar mana yang tak faham.

 Lagu mesti layan K-pop. haha. Kpopers ni. Tu yang stressed semacam bila tak dapat pergi Sunway Lagoon. Kerja yang cikgu bagi ada yang masih tertangguh. Tak ada masa nak buat. Nasib baik cikgu bg masa panjang. Kalau pergi pun entah apa jdi dekat kerja2 yg terbengkalai. Entah2 langsung tak diusik. So keinginan ni nak kena ada faedahnya jgk. Kalau beli tiket yg mahal2 tapi rasanya tak sampai satu jam mcm tkde faedah je. Tapi kalau rezeki lebih nak jgk merasa. hmmm ;)

    Sekian sahaja coretan buat kali ni. Pendek je. Tak ada apa lagi nak dikongsikan lagi. Jumpa lagi di lain n3 :)

No comments:

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...