KLIK TABUNG 2, TQ

Saturday, 21 September 2013

Quote in Saturday morning!

   Assalamualaikum! Selamat pagi semua. Alhamdulillah masih dapat menghirup udara yang segar pada hari Sabtu yang indah ini. So tak mahu intro panjang kita terus ke isi-isi penting. Macam buat karangan pulak.
    Sepatutnya pagi ni nak kena pergi sekolah bcuz ada persembahan hari ni. Persembahan untuk hari kecemerlangan tak silap. Sebab group kita orang dari Kelab Pencinta Alam so kita orang kena buat persembahan menggunakan barangan terpakai. Cadangnya nak main musik menggunakan alatan seperti botol minuman, tin atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya. Bila dah liat sangat nak gosok baju so baik kita tarik diri saja la.
     So bila dah duduk rumah macam ni, makan la jawabnya. Mana tak kene bebel dengan wan. Asyik makan je bersenam nye malas. Tapi rasanya saya dah cukup bersenam dah. Hari-hari jalan kaki pergi tunggu bas. Naik turun tangga pergi kelas. Sungguh meletihkan. Tapi sebab nak belajar kan so kena la berusaha sikit. Cerita pasal belajar kepada calon PMR dan SPM tu tak payah nak tension sangat. Bila kita asyik ingat nak belajar je memang stress la jadinya. Elok-elok ilmu dikepala. Asyik tension je yang dibaca tak dapat, yang dah ada berciciran. haha
    Tak payah nak ambil contoh jauh-jauh la kan. Dalam kelas saya sendiri pun memang mcm tu. Bila cikgu sebut je ada PBS, ujian itu, ujian ini semua naik gelabah. Bila ujian Bahasa Malaysia pun dah mula garu kepala tak payah tanya subjek yang susah la kan. Mahu nya pengsan dekat situ. Nak nak pulak subjek Sejarah. Subjek yang dibenci keramaian budak-budak sekolah. Lagi la kepala tu naik meninggi terhayun-hayun ke kanan kiri. Bila result keluar semua jadi tak tentu arah.

Sains B koyak kertas.
     Math C pening kepala;
      English D demam panas,
          Buku bertingkat jadi gila.

   Pantun terabur sikit pagi ni. Kepada yang nak exam ni banyak-banyakkan la rehatkan minda tu. Tapi jangan nak rehat lebih-lebih pulak sampai buku langsung tak usik. Yang ni yang bahaya. Bila exam je tak tau apa. So baca buku pun kena jugak la kan. Baca tu biar ikhlas biar senang ilmu nak masuk. Tapi jangan nak paksa-paksa pulak nanti silap-silap masuk dewan periksa dengan mata panda. haha. Okay la thats all for today. Layan qoute ni kejap.

 
(pinjam cik google)

Sekian sahaja untuk n3 kali ini. Have a nice day! =D

No comments:

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...