KLIK TABUNG 2, TQ

Saturday, 21 September 2013

Inifinite Di Malaysia Oktober Ini Aaaaarrrrrrrrrgh !

Saya terbaca di LAMAN SESAWANG INI,  Kumpulan K-pop popular INFINITE akan mengadakan showcase mereka ‘Jelajah Dunia Pertama INFINITE ‘One Great Step’ 2013 di Malaysia’ pada 19 Oktober (Sabtu) di Stadium Negara. INFINITE akan mengadakan konsert bertaraf dunia dengan membawa produksi antarabangsa mereka untuk peminat-peminat di Malaysia.
INFINITE merupakan bintang besar dari Korea yang sedang berada di ambang populariti mereka sebagai ikon K-pop. Tujuh orang anak muda ini (Sung Kyu, Dong Woo, Woo Hyun, Hoya, Sung Yeol, L dan Sung Jong) telah membuat penampilan pertama mereka pada Jun 2012 dengan album mini pertama mereka 'First Invasion' terus berada di tangga teratas carta. Pada 2012, Infinite menjadi makin terkenal dengan ‘Scorpion Dance’ mereka di ‘B.T.D’ dan semakin menjadi perhatian apabila memenangi anugerah muzik menerusi Over The Top. Selepas dari itu, mereka terus menerus membuat lagu-lagu hits seperti Paradise, The Chaser, Man In Love dan banyak lagi.
Sehubungan dengan ini, ‘Jelajah Dunia Pertama INFINITE ‘One Great Step’ 2013 di Malaysia’ akan dilangsungkan pada 19 Oktober di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Perjalanan mereka akan berterusan ke China dan banyak lagi negara-negara Asian. Siri jelajah ini akan berakhir pada hujung tahun dengan persembahan di Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Timur Tengah serta lain-lain.
IME Production merupakan penganjur bagi 'Jelajah Dunia Pertama INFINITE ‘One Great Step’ 2013 di Malaysia. Jualan Online bermula pada 26 Ogos (Isnin) via TiketCharge (www.ticketcharge.com.my atau (603) 92228811)
Tiket untuk JELAJAH DUNIA PERTAMA INFINITE ‘ONE GREAT STEP’ 2013 di Malaysia berharga :
RM 683 (VIP – terhad),
RM 583 (Zon Rock – berdiri),
RM 583 (PS1 –  terhad),
RM 483 (PS2 – tempat duduk bebas),
RM 383 (PS3 – tempat duduk bebas),
RM 183 (PS4 – berdiri)
Untuk keterangan lanjut, sila layari laman facebook rasmi INFINITE (www.facebook.com/ifnt7) atau laman facebook rasmi IME (www.facebook.com/imepmy)
Kalaulah saya dibenarkan untuk join sekali ! Hu Hu Hu 

No comments:

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...