KLIK TABUNG 2, TQ

Wednesday, 6 March 2013

Ops Daulat Di Sabah

Sedihnyer dengan apa yang berlaku di Sabah sekarang ini.  Doakan keselamatan perajurit2 kita yang sedang berjuang mempertahankan tanah air tercinta.  Salah seorang rakan saya juga punya Abang yang sedang bertugas di sana dalam pasukan ATM Malaysia.  Moga semuanyer berakhir segera dengan selamat.  Bagi pejuang2 negara yang telah terkorban dalam peristiwa ini, salam takziah dan sama2 kita sedekahkan Al Fatihah.

SeCeBis BeRiTa SaBaH PaGi InI ....


Drama pencerobohan kumpulan pengganas Sultan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah mencapai kemuncak semalam apabila pasukan keselamatan melancarkan serangan melalui Ops Daulat secara besar-besaran di kawasan yang ditawan sejak 22 hari lalu.
Gerakan pukul 7 pagi itu bermula dengan serangan bom MK81 seberat 113 kilogram sebutir itu berlangsung hampir 30 minit membabitkan lapan jet pejuang masing-masing tiga buah F/A-18D Hornet dan lima buah Hawk 208.
Sebaik serangan udara yang dibuat dalam lingkungan empat kilometer di kampung itu tamat, pasukan infantri Rejimen Askar Melayu Diraja pula melepaskan tembakan mortar untuk melumpuhkan saki-baki musuh.
Selepas itu, anggota komando Tentera Darat dan polis bersama kenderaan perisai Condor memasuki lokasi serangan untuk operasi penggeledahan kawasan yang diserang.
Bagaimanapun, sehingga lewat malam tadi, polis mahupun pihak tentera tidak mengumumkan mengenai penemuan mayat atau senjata api puak pengganas.



Sama2 kita doakan YeR...........

5 comments:

Kakzakie said...

Setiap kita pasti mendoakan para perajurit yg berjuang dah moga semuanya berakhir dgn segera.

Fiza Rahman said...

Sedih kan. Ssma2 kita doakan keselamatan mereka di sana.

Tihara said...

moga sabah dan negara kita aman dari musuh2 durjana ni

Ira said...

semoga keadaan disana kembali aman dan semoga perajurit kita yg bertugas di sana dilindungi Allah. Amin..

TiranaAduka said...

ta berharap agar lekas berakhir...tak sggup mendgar tumpahan darah lagi.

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...