KLIK TABUNG 2, TQ

Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H

Hari ini 12 Rabiulawwal 1434H merupakan Cuti Umum untuk seluruh Negara.  Cuti bersempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Junjungan Besar Kita.
( Dari GooGle )
Kami nak kongsikan sama tentang kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda. 5 Antaranya :-

1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.

2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.

3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”

4. Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, “Ke mana perginya si polan si polan itu…”

5. Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akan ALLAH tunai 70 hajatnya.”

Betapa tingginyer sifat kasih sayang Rasulullah S.A.W ini.  Moga dijadikan panduan untuk kita semua.  AMin2


N3 AuTo PuBlisH

No comments:

KLIK UNTUK TABUNG 3 , TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...